Monday, July 4, 2011

SEKOLAH MENENGAH SALEHA * HIGHLANDS INTERNATIONAL BOARDING SCHOOL * GENTING HIGHLANDS * KARANGAN BERPANDU * SPM * F5S & F5A.

Soalan

Teliti maklumat di bawah ini dan terangkan langkah-langkah mengatasi masalah tersebut dengan berkesan. Panjang maklumat tersebut ialah 200 hingga 250 patah perkataan.

                            "Kawasan perumahan tersebut kotor.  Sampah-sarap terbiar.  Penduduk tidak
                             memberi perhatian terhadap masalah tersebut."

Guna formula untuk mencari isi-isi karangan ini.  Formulanya ialah

                                                                         A     ~  agama
                                                                         F      ~  facebook
                                                                         I        ~ ibu bapa
                                                                         D       ~ diri sendiri

                                                                Karangan contoh

   Kita kerap mendengar berita kawasan perumahan yang kotor.  Di mana-mana sahaja kita dapat melihat kawasan perumahan yang dipenuhi sampah.   Bagaimanakah masalah ini dapat dikekang agar sesebuah kawasan perumahan menjadi tempat yang paling bersih untuk kita diami?
   Pertama-tama yang wajar kita laksanakan untuk menjadikan kawasan perumahan berkenaan bersih ialah melalui pendekatan agama.  Semua agama,  baik Islam baik Buddha baik Hindu mahupun Kristian mendidik kita menjaga kebersihan.  Kebersihan sebahagian daripada iman.  Orang yang mengabaikan kebersihan memang dibenci oleh Tuhan.
   Selanjutnya kita menggunakan facebook untuk memastikan kawasan perumahan kita sentiasa bersih.  Kita wajar menggunakan facebook untuk bertukar-tukar pendapat dengan orang lain tentang penjagaan kebersihan kawasan perumahan.  Ada antara rakan facebook kita di Singapura tahu cara menjaga kesihatan di sana.  Belajarlah daripada dia. Kerajaan Siangapura mengenakan denda yang berat untuk memastikan penduduknya tidak membuang sampah-sarap di merata-rata tempat. Jikalau didapati degil, mereka akan dihukum melaksanakan khidmat sosial atau denda wang atau penjara.
   Di samping itu peranan ibu bapa juga sangat penting dalam usaha menjaga kebersihan kawasan perumahan.  Ibu bapa mesti melarang anak-anak membuang sampah-sarap di merata-rata tempat.  Ibu bapa mesti memarahi anak atau mendenda anak yang suka membuang sapah-sarap di merata-ratap tempat. Ibu bapa patut menyediakan tong sampah atau plastik agar anak-anak membuang sampah di tempat yang disediakan.  Ibu bapa tidak boleh membuang sampah-sarap sesuka hati kerana perbuatan mereka boleh diteladani oleh anak-anak.  Bapa borek anak rintik.
  Intihanya, penjagaan kebersihan kawasan perumahan sebenarnya bergantung pada diri sendiri.  Disiplinkan diri sendiri,  jangan  buang sampah-sarap di merata-rata tempat kerana sampah-sarap sangat kotor, bertoksik dan berkuman.  Jikalau kita membuang sampah-sarap di merata-rata bermakna kita membunuh diri kita sendiri.
   Kesimpulannya,  kawasan perumahan kita wajib dijaga dengan betul.  Kawasan perumahan yang bersih menunjukkan penduduknya bersih dan begitulah sebaliknya.  Rakyat Bersih Negara Bersih.

  
                                                                         
                      
                
                                                    

No comments:

Post a Comment