Monday, January 16, 2012

SEKOLAH MENENGAH SALEHA * HIGHLANDS INTERNATIONAL BOARDING SCHOOL * GENTING HIGHLANDS. KELAS BAHASA MELAYU SPM 2012

Tatabahasa

Ganti nama diri 

Ganti nama diri terbahagi kepada tiga iaitu   Ganti nama diri pertama,  kedua dan ketiga.

Ganti nama diri pertama

Saya,  aku,  patik,  beta, hamba, aku, ku

Ganti nama diri kedua

Kami,  kita,  anda,  awak,  kamu, mu,  engkau,  kau,  tuanku

Ganti nama diri ketiga

Baginda,  beliau,  dia, ia,  nya, -Nya


Latihan

1.     "................berjanji akan belajar dengan tekun."  kata Siti Syakurah kepada cikgunya.

2.     "Cikgu, ...............akan menghadiri latihan sukan petang ini." kata Elisa bagi pihak kawan-kawannya.

3.     Sultan Perak menghadiri majlis santanpan dirja.  ............ ditemani oleh Raja Muda.

4.     Lelaki itu mengaku salah di mahkamah.  ................dihukum penjara sebulan.

5.     Perdana Menteri mengadakan lawatan ke Australia.   ...............dijangka pulang minggu hadapan.

6.     Kita seharusnya berdoa pada.........agar ditenangkan fikiran.

7.     "Kami akan bercuti pada hari raya Cina nanti." kata Qian Shuk kepada pelancong Australia itu.

8.     "Boleh .............. bantu .....................?" tegur jurujual wanita itu kepada saya.

9.     "Ibu mahu ...............belajar sampai berjaya memasuki universiti.

10.    "..................berharap .................sudi bersiram bersama permaisuri di kolam ini." kata Bendahara.

11.    "...................tidak suka rakyat malas bekerja." kata Sultan Pahang.

12.    "Ya Tuhan.......,   ampunkan dosa............... yang hina ini." kata Mak Minah.

13.    "Terpulang kepada mahu menyiapkan latihan sejarah itu."  kata guru sejarah.

14.    "Kawan-kawan,  sekolah ............ akan bercuti selama dua bulan pada tahun ini."  kata Siti Syakurah.

15.    "Sekolah ................. akan dicat semula pada tahun ini." kata Elisa kepada emaknya.

16.    "....................,   ............... akan mencari bunga yang ...................mahu itu dengan segera." kata
         kepada Sultan Johor.

17.    ".................. pelajar sekolah ini berjanji akan belajar dengan tekun." kata Elisa semasa membaca ikrar
         bagi pihak semua pelajar di hadapan Pengetua.

18.   Buah mahagony terlalu pahit untuk .............makan.

19.   "................wajib mengisi borang kemasukan peperiksaan SPM itu dengan segera." kata guru.

20.   ".............berjaya memberkas perompak itu dalam masa dua jam." kata Ketua Polis Kepong.














Tuesday, November 15, 2011

SEKOLAH MENENGAH SALEHA * HIGHLANDS INTERNATIONAL BOARDING SCHOOL * GENTING HIGHLANDS 2011

TAHNIAH KEPADA PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 5 ARTS DAN 5 SAINS SEKOLAH MENENGAH SALEHA YANG TELAH MENDUDUKI PEPERIKSAAN BAHASA MALAYSIA KERTAS 1 DAN KERTAS 2 SPM 2011.  DARIPADA TEMU BUAL YANG DIADAKAN KEBANYAKAN PELAJAR GEMBIRA KERANA SOALAN BAHASA MALAYSIA  SPM KERTAS 1 DAN KERTAS 2 TAHUN INI MUDAH DIJAWAB DAN YANG PALING PENTING ,    SOALAN-SOALAN DAPAT DIJAWAB DENGAN BAIK KERANA APA-APA YANG DIAJAR MEMANG KELUAR DALAN PEPERIKSAAN TERSEBUT.  UNTUK  KERTAS 1,  KARANGAN,  SOALAN 1 IAITU SOALAN GAMBAR,  SOALAN INI PERNAH KELUAR DALAM PEPERIKSAAN PKS 3 SEKOLAH MENENGAH SALEHA.  SOALAN BAHAGIAN B, DARIPADA 5 TAJUK YANG DIRAMALKAN, 4 TAJUK KARANGAN TEPAT KELUAR.  UNTUK SOALAN KERTAS 2 PULA,  SOALAN MERUMUSKAN KARANGAN, RENCANA TENTANG KEPENTINGAN BAHASA KEBANGSAAN IAITU BAHASA MALAYSIA SAMA DENGAN RENCANA DALAM MAJALAH SEKOLAH MENENGAH SALEHA 2011.  BEGITU JUGA SOALAN KOMSAS,  SOALAN 4 (a)  PERWATAKAN DAN SOALAN 4 (b) PERSOALAN,  SAMA DENGAN YANG DIRAMALKAN. TIDAK SIA-SIA PADA 13 11  2011,  HARI AHAD SEBELUM SPM HARI ISNIN,  DARI JAM 8 HINGGA 9.45 MALAM, CIKGU MEOR AMIN MEMBERI BIMBINGAN TERAKHIR KEPADA PELAJAR 5 ARTS DAN 5 SAINS.  DIHARAP KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM 2011 YANG AKAN DIKELUARKAN,  BIASANYA PADA BULAN MAC, MAC 2011 AKAN MENUNJUKKAN HASIL YANG MEMBANGGAKAN!  SEKALI LAGI TAHNIAH KEPADA PELAJAR SPM SEKOLAH MENENGAH SALEHA DAN DIHARAP PELAJAR TINGKATAN 4 ARTS DAN 4 SAINS 2011  AKAN LEBIH BERSUNGGUH-SUNGGUH BELAJAR AGAR MENDAPAT KEPUTUSAN YANG LEBIH BAIK DAN CEMERLANG.

JAWAPAN CONTOH UNTUK SOALAN MERUMUSKAN KARNGAN BM K2 SPM 2011


Soalan 1: Rumusan
 [30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti,  kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan bahasa kebangsaan dan masalah-masalah yang dihadapi untuk memperkasakan bahasa kebangsaan.  Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

     Pada  kelazimannya,  istilah bahasa kebangsaan merujuk kepada satu bahasa yang dikaitkan dengan sesebuah negara.  Bahasa yang dipilih untuk menjadi bahasa kebangsaan biasanya ialah bahasa setempat atau bahasa peribumi.  Bahasa kebangsaan sering dijadikan simbol jati diri nasional yang sama untuk seluruh rakyat sesebuah negara.

     Dalam hal ini,  seperti kebanyakan negara,  Malaysia memiliki hanya satu bahasa kebangsaan,  iaitu bahasa Melayu.  Dengan menggunakan satu bahasa kebangsaan sahaja,  negara kita telah berjaya membentuk satu identiti nasional yang sama dalam kalangan rakyat.  Bahasa Melayu telah dipilih sebagai bahasa kebangsaan negara kita kerana bahasa Melayu ialah bahasa kumpulan etnik  yang paling besar dan atas kemampuannya sebagai lingua franca,  iaitu bahasa perhubungan antara masyarakat selama beberapa abad di rantau ini.  Di samping itu,  bahasa Melayu menjadi bahasa pentadbiran kerajaan Melayu sebelum negara ini dijajah oleh kuasa Barat.  Walau bagaimanapun,  akibat penjajahan Barat,  perpaduan rakyat di negara kita mulai tergugat.  Tindakan onar penjajah itu meninggalkan kesan yang mendalam sehingga menyulitkan kita untuk menyuburkan jati diri serta citra bangsa yang utuh sifatnya.

     Setelah mencapai kemerdekaan,  para pemimpin kita telah mengambil langkah segera untuk mengukuhkan perpaduan rakyat yang menjadi teras pembangunan negara.  Atas kesedaran itulah,  bahasa Melayu dikembalikan peranannya sebagai alat perpaduan  dan seterusnya membangkitkan semangat kebangsaan rakyat negara ini.  Di samping itu,  bahasa kebangsaan juga dapat memupuk  semangat kekitaan dalam jiwa rakyat Malaysia,  yang bersifat padu dan abadi.  Hal tersebut hanya dapat dilakukan melalui perkongsian satu bahasa kebangsaan,  yang antaranya digunakan sebagai bahasa pengantar tunggal dalam sistem pendidikan nasional.  Melalui sistem pendidikan tersebut bahasa kebangsaan juga berperanan sebagai alat untuk menyatupadukan rakyat dalanm negara kita.  Sehubungan dengan itu,  banayk negara yang memanfaatkan fungsi bahasa kebangsaan untuk menyatupadukan rakyat.

     Melalui penggunaan satu bahasa kebangsaan sesama rakyat,  komunikasi yang berkesan dapat dizahirkan.  Hal ini demikian kerana melalui pertuturan satu bahasa yang sama rakyat mudah memahami antara satu sama lain dan rasa saling menghormati akan dapat diwujudkan.  Sesungguhnya bahasa kebangsaan bukan sahaja merupakan jiwa rakyat,  tetapi sebenarnya ialah maruah bangsa  dan maruah rakyat negara kita.  Dalam konteks ini martabat dan nama baik bahasa Melayu perlu dijaga.  Bahasa Melayu wajar diletakkan pada kedudukan teratas,  yakni di atas mana-mana bahasa lain di negara kita selaras dengan cogan kata bahasa jiwa bangsa.

                                                                             Soalan 2:  Pemahaman
                                                                                     [35 markah]




Soalan 2 (a) -  Petikan Umum


Berdasarkan petikan Soalan 1,  jawab soalana-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i)        Berikan maksud rangkai kata  padu dan abadi
                                                                                                                                               [2 markah]

(ii)       Penagarang mengemukakan beberapa faktor pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsan.
                  Nyatakan faktor-faktor tersebut.
                                                                                                                                                [3 markah]

(iii)           Pada pendapat anda,  bagaimanakah pihak media dapat menggalakkan rakyat menggunakan bahasa kebangsaan?   
                 Jelaksan dua cara.                                                                                                  [4 markah]


                                                                     JAWAPAN CONTOH

Merumuskan Karangan

Intro/Pengenalan:

Rencana ini membicarakan