Tuesday, November 15, 2011

SEKOLAH MENENGAH SALEHA * HIGHLANDS INTERNATIONAL BOARDING SCHOOL * GENTING HIGHLANDS 2011

TAHNIAH KEPADA PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 5 ARTS DAN 5 SAINS SEKOLAH MENENGAH SALEHA YANG TELAH MENDUDUKI PEPERIKSAAN BAHASA MALAYSIA KERTAS 1 DAN KERTAS 2 SPM 2011.  DARIPADA TEMU BUAL YANG DIADAKAN KEBANYAKAN PELAJAR GEMBIRA KERANA SOALAN BAHASA MALAYSIA  SPM KERTAS 1 DAN KERTAS 2 TAHUN INI MUDAH DIJAWAB DAN YANG PALING PENTING ,    SOALAN-SOALAN DAPAT DIJAWAB DENGAN BAIK KERANA APA-APA YANG DIAJAR MEMANG KELUAR DALAN PEPERIKSAAN TERSEBUT.  UNTUK  KERTAS 1,  KARANGAN,  SOALAN 1 IAITU SOALAN GAMBAR,  SOALAN INI PERNAH KELUAR DALAM PEPERIKSAAN PKS 3 SEKOLAH MENENGAH SALEHA.  SOALAN BAHAGIAN B, DARIPADA 5 TAJUK YANG DIRAMALKAN, 4 TAJUK KARANGAN TEPAT KELUAR.  UNTUK SOALAN KERTAS 2 PULA,  SOALAN MERUMUSKAN KARANGAN, RENCANA TENTANG KEPENTINGAN BAHASA KEBANGSAAN IAITU BAHASA MALAYSIA SAMA DENGAN RENCANA DALAM MAJALAH SEKOLAH MENENGAH SALEHA 2011.  BEGITU JUGA SOALAN KOMSAS,  SOALAN 4 (a)  PERWATAKAN DAN SOALAN 4 (b) PERSOALAN,  SAMA DENGAN YANG DIRAMALKAN. TIDAK SIA-SIA PADA 13 11  2011,  HARI AHAD SEBELUM SPM HARI ISNIN,  DARI JAM 8 HINGGA 9.45 MALAM, CIKGU MEOR AMIN MEMBERI BIMBINGAN TERAKHIR KEPADA PELAJAR 5 ARTS DAN 5 SAINS.  DIHARAP KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM 2011 YANG AKAN DIKELUARKAN,  BIASANYA PADA BULAN MAC, MAC 2011 AKAN MENUNJUKKAN HASIL YANG MEMBANGGAKAN!  SEKALI LAGI TAHNIAH KEPADA PELAJAR SPM SEKOLAH MENENGAH SALEHA DAN DIHARAP PELAJAR TINGKATAN 4 ARTS DAN 4 SAINS 2011  AKAN LEBIH BERSUNGGUH-SUNGGUH BELAJAR AGAR MENDAPAT KEPUTUSAN YANG LEBIH BAIK DAN CEMERLANG.

JAWAPAN CONTOH UNTUK SOALAN MERUMUSKAN KARNGAN BM K2 SPM 2011


Soalan 1: Rumusan
 [30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti,  kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan bahasa kebangsaan dan masalah-masalah yang dihadapi untuk memperkasakan bahasa kebangsaan.  Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

     Pada  kelazimannya,  istilah bahasa kebangsaan merujuk kepada satu bahasa yang dikaitkan dengan sesebuah negara.  Bahasa yang dipilih untuk menjadi bahasa kebangsaan biasanya ialah bahasa setempat atau bahasa peribumi.  Bahasa kebangsaan sering dijadikan simbol jati diri nasional yang sama untuk seluruh rakyat sesebuah negara.

     Dalam hal ini,  seperti kebanyakan negara,  Malaysia memiliki hanya satu bahasa kebangsaan,  iaitu bahasa Melayu.  Dengan menggunakan satu bahasa kebangsaan sahaja,  negara kita telah berjaya membentuk satu identiti nasional yang sama dalam kalangan rakyat.  Bahasa Melayu telah dipilih sebagai bahasa kebangsaan negara kita kerana bahasa Melayu ialah bahasa kumpulan etnik  yang paling besar dan atas kemampuannya sebagai lingua franca,  iaitu bahasa perhubungan antara masyarakat selama beberapa abad di rantau ini.  Di samping itu,  bahasa Melayu menjadi bahasa pentadbiran kerajaan Melayu sebelum negara ini dijajah oleh kuasa Barat.  Walau bagaimanapun,  akibat penjajahan Barat,  perpaduan rakyat di negara kita mulai tergugat.  Tindakan onar penjajah itu meninggalkan kesan yang mendalam sehingga menyulitkan kita untuk menyuburkan jati diri serta citra bangsa yang utuh sifatnya.

     Setelah mencapai kemerdekaan,  para pemimpin kita telah mengambil langkah segera untuk mengukuhkan perpaduan rakyat yang menjadi teras pembangunan negara.  Atas kesedaran itulah,  bahasa Melayu dikembalikan peranannya sebagai alat perpaduan  dan seterusnya membangkitkan semangat kebangsaan rakyat negara ini.  Di samping itu,  bahasa kebangsaan juga dapat memupuk  semangat kekitaan dalam jiwa rakyat Malaysia,  yang bersifat padu dan abadi.  Hal tersebut hanya dapat dilakukan melalui perkongsian satu bahasa kebangsaan,  yang antaranya digunakan sebagai bahasa pengantar tunggal dalam sistem pendidikan nasional.  Melalui sistem pendidikan tersebut bahasa kebangsaan juga berperanan sebagai alat untuk menyatupadukan rakyat dalanm negara kita.  Sehubungan dengan itu,  banayk negara yang memanfaatkan fungsi bahasa kebangsaan untuk menyatupadukan rakyat.

     Melalui penggunaan satu bahasa kebangsaan sesama rakyat,  komunikasi yang berkesan dapat dizahirkan.  Hal ini demikian kerana melalui pertuturan satu bahasa yang sama rakyat mudah memahami antara satu sama lain dan rasa saling menghormati akan dapat diwujudkan.  Sesungguhnya bahasa kebangsaan bukan sahaja merupakan jiwa rakyat,  tetapi sebenarnya ialah maruah bangsa  dan maruah rakyat negara kita.  Dalam konteks ini martabat dan nama baik bahasa Melayu perlu dijaga.  Bahasa Melayu wajar diletakkan pada kedudukan teratas,  yakni di atas mana-mana bahasa lain di negara kita selaras dengan cogan kata bahasa jiwa bangsa.

                                                                             Soalan 2:  Pemahaman
                                                                                     [35 markah]




Soalan 2 (a) -  Petikan Umum


Berdasarkan petikan Soalan 1,  jawab soalana-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i)        Berikan maksud rangkai kata  padu dan abadi
                                                                                                                                               [2 markah]

(ii)       Penagarang mengemukakan beberapa faktor pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsan.
                  Nyatakan faktor-faktor tersebut.
                                                                                                                                                [3 markah]

(iii)           Pada pendapat anda,  bagaimanakah pihak media dapat menggalakkan rakyat menggunakan bahasa kebangsaan?   
                 Jelaksan dua cara.                                                                                                  [4 markah]


                                                                     JAWAPAN CONTOH

Merumuskan Karangan

Intro/Pengenalan:

Rencana ini membicarakan

1 comment:

  1. Casino Player Reviews | DrmCD
    Casino Player Reviews. DrmD's has 창원 출장샵 rated Drm 사천 출장샵 Gaming Online 서울특별 출장안마 Casino by DrmCD. Get 목포 출장샵 the latest customer 포천 출장안마 reviews, ratings, games and bonuses for

    ReplyDelete