Saturday, October 29, 2011

SEKOLAH MENENGAH SALEHA * GENTING HIGHLANDS * BAHASA MELAYU F4 & SPM. SABTU 5 . 11. 2011. TATABAHASA

Masukkan ganti nama yang sesuai ke dalam ayat-ayat di bawah ini.

1.    ......... akan berangkat ke majlis santapan diraja itu pada jam 8 malam ini.

2.     ......... mahu kamu siapakan kerja-kerja matematik ini sekarang juga.

3.    "Boleh saya bantu ............?" kata jurujual televisyen plasma itu.

4.     "Saya mahu .............meminta maaf atas perbuatan buruk itu." kata Mr. Kok, Pengetua SMS Saleha.

5.     "Laporkan kejadian jenayah di kawasan perumahan anda kepada .......... ." kata Ketua Polis.

6.      "Pimpin tangan adik  ................... dengan betul." kata Ler Siou kepada Ee Tem.

7.       "Negara ............akan bercuti selama seminggu bersempena Tahun Baru Cina." kata Vin Kee      kepada kawannya yang datang dari Korea.

8.       "..................wajib berganding bahu membangunkan negara yang tercinta ini." kata Perdana
          Menteri.

9.       "Oh Tuhan,  ampunkan dosa ....................." doa Chee Reen.

10.     "....................mesti serang musuh dari sebelah barat kampung itu." kata general itu.

11.     "Emak,  .................... diminta berjumpa Pengetua sekolah itu esok." kata Ani kepada emaknya.

12.     "Terpulang kepada .............. menjawab soalan-soalan itu." kata Yu Hung kepadq adiknya.

13.     "Terpulanglah kepada .........untuk membayar pampasan itu." kata Soon Seng kepada anaknya.

14.     "Terpulanglah kepada ..........untuk menghadiri santapan malam itu."

15,      Michael Jackson sedang mengajar adik................membaca buku.

16.      "Jack Ping,  ........saya akan tolong kamu menulis surat itu esok." kata kawan Ee Teem.

17.      "...................mahu kamu belajar bersungguh-sungguh." kata emak Chee Reen.

18.      "...................akan menolong orang kampung yang susah kerana banjir." kata Vin Kee.

19.      "Rakyat negara ......................memang hidup bersatu padu antara kaum." kata Jack Ping
           kepada kawannya dcari Amerika Syarikat, Lady Gaga.

20.      "...............dan permaisuri...............akan bersiram di kolam itu." kata Sultan Melaka.



 

No comments:

Post a Comment