Wednesday, June 29, 2011

SEKOLAH MENENGAH SALEHA/HIGHLANDS INTERNATIONAL BOARDING SCHOOL * GENTING HIGHLANDS * KELAS BAHASA MALAYSIA * TATABAHASA * 29 JUN 2011 *

Soalan Tatabahasa

Tukar ayat pasif di bawah ini kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asal ayat.

1.   Kasut Elise yang buruk itu kena buang.

2.   Peragut yang berbaju biru itu kena berkas oleh orang ramai.

3.   Gambar harimau itu saya rakam di Zoo Negara pada minggu lepas.

4.   Lori yang berat ditolak oleh mereka  sehingga ke hujung padang.

5.   Semua durian di gerai itu sudah saya jual.

6.   Sampah-sarap di dalam bilik itu sudah saya tanam.

7.   Semua pelajar diminta pergi ke kawasan yang dilanda banjir itu oleh Ketua Kampung,

8.   Walaupun berbadan kecil,  Roy termakan rambutan yang banyak itu.

9.   Saya tahu Mei Ling terbaca novel yang sangat tebal itu.

10. Rumah nenek  akan kami cat pada hari Ahad nanti.

11. Pelajar yang lemah dalam bahasa Malaysia akan dibantu oleh cikgu.

12. Piano yang baru dibeli oleh bapa sangat cantik.

13. Raymond disuruh oleh kawan saya membeli ikan tenggiri.

14. Pendatang tanpa izin atau PATI kena tahan oleh pihak berkuasa di kawasan semak-samun itu.

15. Kereta Lexus baru kakak saya dibasuh oleh bapa saya.

16. Pokok yang ditebang oleh orang yang tidak dikenali itun akan ditanam semula.

17. Penagih dadah yang berkeliaran di kawasan perumahan itu akan kena cekup oleh pihak berkuasa.

18. Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Saleha diingatkan oleh Mr.Auw agar berehat.

19.  Makanan untuk tetamu yang datang sudah kami sediakan.

20.  Mangsa kebakaran di kampung itu akan kita bantu.

21.  Pelajar-pelajar yang bising itu akan didenda oleh Pengetua.

22.  Kolam renang sekolah kami sudah dibersihkan oleh Encik Mat.

23.  Latihan sejarah yang diberikan oleh cikgu sudah siap.

24,  Jambatan yang rosak itu sudah dibaiki oleh pekerja syarikat tersebut.

25.  Saban tahun syarikat itu dilantik oleh kerajaan untuk mengadakan konsert.

26.  Orang itu kena tuduh oleh polis kerana  mencuri kasut.

27.  Banyak binatang ternakan kena langgar oleh lori yang dipandu laju.

28.  Orang ramai diberi amaran keras oleh polis agar tidak menyebarkan khabar angin.

29.  Bunga yang saya beli semalam sangat cantik.

30.  Adik saya tertolak kereta yang berat itu.










                                               

No comments:

Post a Comment