Sunday, January 2, 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2011 TAHUN KEJAYAAN PELAJARAN DAN PEPERIKSAAN

SELAMAT TAHUN BARU 2011.  Selamat Tahun Baru kepada pelajar-pelajar kelas bahasa Melayu cikgu MeorAmin sama ada di Kuala Lumpur, Pusat Tuisyen Senyuman, Taman Dagang, Pusat Tuisyen Pintar Bangsar Utama, Pusat Tuisyen John, USJ dan pelajar-pelajar BM Tunggal Kertas Jun secara laman blog, pelajar-pelajar HOME TUITION dan pelajar-pelajar bimbingan TrueAbm.
     Jadikan tahun 2011 sebagai tahun untuk anda menggemblengkan usaha untuk meningkatkan prestasi atau usaha mendapat A+ dalam peperiksaan.  Tahniah kepada pelajar-pelajar gigih seperti Edred Tjin dan Tan dari Sekolah Victoria, Kuala Lumpur, Yarhvin, Sekolah Cochrane, Yin Joe, Sekolah Sri Bintang Selatan, Joyie dari sekolah Sri Ampang, Diana, Hashpret, Nina,  Chong di USJ, Elise di USJ dan banyak lagi yang nama mereka saya tidak ingat, yang telah mendapat keputusan terbaik dalam PMR 2010.  Edred umpamanya, telah belajar dengan gigih, rajin menghadiri kelas, rajin bertanya, dibantu oleh ibu bapa sejak Tingkatan 1 sampai Tingkatan 3, akhirnya berjaya mendapat 7A. Kesungguhan dan kegigihan Edred wajar dijadikan contoh.
YANG BAIK DIJADIKAN CONTOH, YANG BURUK DIJADIKAN SEMPADAN
     Begitu juga dengan pelajar-pelajar F3 2011 seperti Kar Fei, Thivian, Chong, Kenneth, Lii Ann, Nicholas, Yong, Aisyah dan lain-lain.  Belajarlah dengan rajin kerana anda ada potensi untuk mendapat semua A dalam PMR 2011.  Tidak ketinggalan Malvin, Zaki, Roy dan mereka yang saya terlupa nama, belajarlah dengan gigih, saya akan membantu anda mendapat A dalam BM PMR kerana anda sudah bersama saya sejak dari F1 lagi.
Avtar di Pusat Tuisyen John, USJ, tidak saya lupa, juga gigih semasa dalam F4, kini sudah berada dalam F5 SPM. Belajarlah dengan rajin. Tuisyen di Pusat Tuisyen John tahun ini diadakan setiap Sabtu jam 3 hingga 5 petang untuk pelajar F1, F2 dan PMR manakala kelas F5 diadakan pada jam 5.15 hingga 6.45 petang. Disiplin diutamakan.
USAHA TANGGA KEJAYAAN.
TIADA JALAN MUDAH UNTUK MENDAPAT A, KECUALI BELAJAR.
     Pelajar mesti ingat, DISIPLIN paling utama untuk manusia berjaya dalam apa-apa kerja.  Tanpa disiplin yang kukuh, pelajar tidak akan berjaya dengan cemerlang.
     Rajinlah membuat latihan.  Pelajar boleh membuat latihan yang saya sediakan di dalam ruangan blog ini. Pelajar juga boleh menulis karangan dengan menggunakan tajuk yang saya sediakan atau tajuk pilihan anda sendiri. Pelajar boleh hantar sendiri atau menggunakan e-mail dan markah akan dicatat. Karangan yang berkualiti akan saya siarkan dalam laman blog ini untuk dibaca di seluruh dunia!
JADIKAN   FACEBOOK   TEMAN   BELAJAR   ANDA
     Seperti biasa, jika terdapat pelajar yang ingin mengikuti KURSUS Bahasa Melayu PMR atau SPM melalui kaedah TrueAbm bolehlah mengikuti kursus tersebut yang akan dijalankan pada bulan Februari 2011.  Maklumat lanjut akan disiarkan dalam laman blog ini. Kursus 50 pelajaran ini, kursus melalui laman blog,  merupakan pengalaman saya mengajar bahasa Melayu selama 30 tahun. Saya ada cara tersendiri mengajar anda dalam BM.
     Akhir sekali, harapan saya, anda akan belajar dan terus belajar. Kita akan menjadi
KATAK DI BAWAH TUMPURUNG
tanpa ilmu, tanpa pelajaran. Belajarlah dengan bersungguh-sungguh tanpa rasa jemu dan malas.
MALAS MERUPAKAN MUSUH YANG PALING JAHAT DAN BAHAYA 

JANGAN MENGHAMPAKAN HARAPAN IBU BAPA ANDA
 Terima kasih.

Daripada,
Cikgu  MeorAmin.

MEORAMIN ADA CARA TERSENDIRI

No comments:

Post a Comment