Friday, September 30, 2011

F4 SEKOLAH MENENGAH SALEHA GENTING HIGHLANDS Jumaat 30 September 2011&

Tatabahasa

Latihan 1

Tukar ayat aktif di bawah ini kepada ayat pasif.

1. Yeng Teng membersihkan kereta Ferrari bapanya.

2. Yit Yong mengajar Ju Rong menaiki basikal.

3. Rashid dan Amir menebang pokok mangga yang sudah tua itu.

4. Ju Rong dan Yeng Teng menyanyikan lagu Mandarin itu.

5. Kami akan memberikan sokongan kepada Yit Yong untuk menjadi ketua kelas yang baru.

6. Ju Rong memarahi jirannya yang sangat bising itu.

7. Emak Rashid mengait buah rambutan di ladang itu.

8. Yeng Teng membantu Ju Rong menanak nasi.

9. Amir sering monolong Encik Rashid menanam bunga.

10. Yeng Teng menggantikan permaidani yang sudah rosak itu.

Latihan 2

Gabungkan ayat-ayat di bawah ini menjadi tiga ayat sahaja.

        Kejayaan dalam pelajaran banyak  bergantung pada usaha.  Usaha gigih menyebabkan pelajar berjaya dalam pelajaran. Pelajar juga bijak membahagikan masa dengan teratur. Setelah berjaya dalam pelajaran maka pelajar akan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Terpulanglah ke mana pelajar itu mahu belajar. Terbaik ialah pelajar belajar dalam negara sendiri.Apabila berjaya belajar di peringkat tinggi pelajar akan memasuki alam kerjaya pula.  Inilah alam yang paling mencabar dalam kehidupan manusia.  Ada pelajar sukar mendapat pekerjaan.  Kelulusan mereka tidak baik.


     Saban petang pelajar Highlanders akan turun ke padang.  Mereka turun ke padang untuk bersukan. Sukan diwajibkan dalam kalangan pelajar. Ada pelajar tidak turun ke padang.  Pelajar patut faham bahawa sukan sangat penting.  Sukan penting kepada para pelajar.  Sukan boleh menyihatkan tubuh kita. Sukan boleh menguatkan otot kita.  Pelajar yang malas bersukan biasanya akan malas belajar. Badan mereka sentiasa lemah. Mereka boleh diserang penyakit.



     Pada minggu hadapan pelajar Tingkatan 3 akan menduduki peperiksaan PMR. Peperiksaan akan berlangsung beberapa hari.  Mereka akan menduduki peperiksaan bahasa Malaysia. Mereka akan menduduki peperiksaan bahasa Inggeris.  Mereka akan menduduki peperiksaan lain.  Para pelajar diberi ingatan.  Pelajar mesti membawa alat-alat.  Alat-alat penting dalam peperiksaan.

Latihan 3

Tukarkan ayat-ayat biasa di bawah ini kepada ayat tanya (jawapan mestilah berdasarkan perkataan yang bergaris.

1.     Encik Yit Yong ketua pejabat yang baru.

2.     Sudah seminggu Yeng teng mengikut Ju Rong ke Austrralia.

3.     Sekolah kami dibuka dengan rasmi tujuh tahun yang lalu.

4.     Kuih itu dibuat daripada tepung gandum.

5.     Komputer itu dipasang di negara China.

6.     Bangunan itu dirobohkan kerana sudah terlalu lama.

7.     Rashid dan Amir sedang melayari facebook.

8.     Perjanjian itu dibuat di Pulau Pangkor.

9.     Kereta Ferrrari merah kepunyaan Yit Yong itu dibeli di Itali oleh neneknya.

10.   Bom atom yang digugurkan di Nagasaki ialah Fat Boy.



No comments:

Post a Comment