KERTAS 1
Bahagian A
[30 markah]
[Masa dicadangkan: 45 minit]
Rajah di bawah menunjukkan masalah pencemaran yang berlaku di Malaysia. Berdasarkan carta di bawah ini, huraikan masalah pencemaran tersebut. Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
MASALAH PENCEMARAN
Bunyi Udara Bahasa Budaya
Bahagian B
[100 markah]
[Masa dicadangkan: 1 jam 30 mnit]
Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.
1. Kerajaan telah memperkenalkan konsep 1 Malaysia. Konsep ini telah diterima oleh rakyat Malaysia.
Bagaimanakah konsep ini dapat dijayakan sepenuhnya? Jelaskan.
2. Ibu merupakan guru kita yang pertama di dunia ini. Tugas ibu tidak pernah berkurangan sepanjang masa. Begitu besar peranan ibu kepada kita sepanjang hayat.
Huraikan pernyataan ini selengkapnya.
3. "Sukan untuk perniagaan."
Terangkan pernyataan ini selengkapnya.
4. Tulis sebuah rencana tentang baik buruk sains dan teknologi kepada manusia dari sudut kesihatan.
5. Kemajuan negara kita boleh dicapai melalui KOMSAS.
Bincangkan.
No comments:
Post a Comment