Wednesday, September 21, 2011

SEKOLAH MENENGAH SALEHA * HIGHLANDS INTERNATIONAL BOARDING SCHOOL * GENTING HIGHLANDS * SPM 2011 * LATIHAN KOMSAS MENJELANG SPM * PEMAHAMAN CERPEN * KLASIK * PUISI. {{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{SEKOLAH MENENGAH SALEHA * HIGHLANDS INTERNATIONAL BOARDING SCHOOL * GENTING HIGHLANDS* LATIHAN BAHASA MALAYSIA SPM 2011 * MENJELANG SPM 2011 * SOALAN KOMSAS * CERPEN * KLASIK * PUISI



Petikan 1

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang disediakan dengan menggunakan ayat anda sendiri.

      "Sudahlah tu, paknya. Tak perlu menyesal.  Kita bukannya sengaja mahu merosak harta warisan alam ini. Kita cuma cari makan."  Terdengar selamba suara Mak Tua. Dia sedang menyiang ikan tapa untuk dimasak gulai asam pedas.  Mak Tua rajin merambat ikan di sepanjang anak-anak sungai dalam hutan tempat       kem-kem balak yang didiami oleh mereka. 
     "Kalau ya pun kita cari makan, tapi taklah sampai merosak hutan," keluh Pak Tua.
     "Allah dah bagi rezeki kita di sini,  kita terimalah.  Lagi pula usaha kita tak sia-sia.  Lihat anak-anak kita yang membesar dan mampu kita sekolahkan hingga peringkat yang paling tinggi tanpa bantuan daripada sesiapa."
     "Betul, pak." Tiba-tiba dari tunggul belian muncul Ajam, anaknya yang sulung.  "Saya mampu membuka perniagaan pengangkutan bas antarkota melalui hasil daripada modal ribuan ringgit yang diberikan oleh bapa."
      "Lagi pula pak,  hutan yang dahulu digondol oleh bapa itu kini sudah menjadi kawasan perladangan.  Lihat estet-estet kelapa sawit yang saujana mata memandnag."  Dari tunggul keruing,  muncul Bakar, anaknya yang nombor dua.  Bakar ialah seorang Sarjana Pertanian yang bekerja sebagai pengurus ladang di  sebuah estet kelapa sawit.
      "Begitulah, pak. Memang, dalam setiap pembangunan sesebuah negara selalu saja ada sisi lain daripada kehidupan ini yang perlu dikorbankan. Kawasan hutan dikorbankan untuk kawasan pertanian.  Seharusnya bapa bangga kerana bapa telah ikut menyumbang tenaga membangunkan negara ini.  Jadi bapa tidak perlu menyesal." dari tunggul seraya, muncul Melati, anaknya yang nombor tiga.  Dia seorang pensyarah di sebuah Institut Pengajian Tinggi.
       "Saya ingat ketika dulu,  kawan-kawan sibuk membuat pinjaman untuk melanjutkan pelajaran,  bapa dengan mudah mengeluarkan wang dari bank untuk membayar yuran dan perbelanjaan saya masuk ke universiti.  Saya begitu bangga dengan pekerjaan bapa sebagai pemandu traktor."

(i)     Siapakah Pak Tua?
                                                                                                                                 [3 markah]

(ii)    Andai kata anda diberi tugas memulihkan hutan rimba yang telah digondolkan,  apakah yang akan anda
        lakukan?  Beri tiga tugas.
                                                                                                                                 [3 markah]

(iii)    Apakah nilai murni yang terdapat dalam cerpen ini?
                                                                                                                                 [3 markah]


Petikan 2

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan jawab soalan-soalan tersedia dengan menggunakan perkataan anda sendiri.

     Tuanku Nakhoda Tua merasa takjub melihatkan demikian banyaknya wang dinar emas  di dalam geliung itu.  "Panggilkan Awang Sulung ke mari!" perintah baginda kepada jurubatu sementara jurumudi mulai menggeletar ketakutan.
     Awang Sulung enggan menghadap, kerana katanya beliau anak sakai yang tidak layak datang menghadap.
      Mendengar jawapan itu Tuanku Nakhoda Tua bertanya kepada puterinya,  "Wahai anakanda,  nampaknya Awang Sulung telah berkecil hati kepada ayahanda,  sedangkan dulu ayahanda tidak tahu tentang kelebihannya!  Pergilah anakanda memanggilnya pula."
       "Anakanda tidak mahu,  ayahanda.  Adakah patut enau mencari sigai, lesung mendapatkan antan?  Pergilah ayahanda memanggilnya sendiri."
       Mahu tak mahu terpaksalah Tuanku Nakhoda berangkat sendiri ke jubungan seraya bertitah, "Wahai anakanda,  janganlah berkecil hati dengan perbuatan ayahanda, kerana ayahanda ini sudah tua: penglihatan sudah kabur, pendengaran pun sudah kurang, haram ayahanda tidak mengetahui bahawa rupa-rupanya anakandalah yang telah memelihara geliung ini seisi-isinya!"
       "Ampun  Tuanku,  titah Tuanku itu adalah benar,   tetapi patik adalah menumpang  teduh di dalam geliung ini saja,  patik telah berhutang dan patik belum pun melunaskannya lagi."
        Tuanku Nakhoda Tua memimpin tangan Awang Sulung lalu dibawanya ke depan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa,  puterinya.  "Anakanda Dayang,  siapakah sebenarnya yang telah memeliharakan geliung ini daripada serangan Tuan Puteri Dayang Nuramah dan bajak-bajak laut tempoh hari?"
         "Dialah ayahanda, orang yang kita cari selama ini sejak kita meninggalkan Semarang,  Tanah Jawa.  Dialah yang bernama Awang Sulung Merah Muda."

(i)     Terangkan maksud enau mencari sigai?
                                                                                                                                                [2 markah]

(ii)    Apakah reaksi Awang Sulung Merah Muda apabila dititahkan mengadap Tuanku Nakhoda Tua?
                                                                                                                                                [3 markah]

(iii)    Apakah pengajaran daripada petikan di atas?
                                                                                                                                                 [3 markah]

Petikan 3

Baca puisi di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan tersedia dengan menggunakan perkataan anda sendiri.

Arkitek Kota

hanya seniman peka
yang faham akan jiwa laut,
kenal lambung gelombangnya,
alur sungai serta diam batu,
perasaan musim,
fiil langit dan sabar bumi
berhak membina kota.

kerana arkitek matang itu anak di taman
perenung di perpustakaan,
orang muda pulang bertandang di lorong malam,
pemunggah barang pasar di subuh hari,
pengadil di bangku bijaksana,
dan datuk bandar yang bangga.

dia harus sayangkan lagu burung,
pemancing di teduh pohon,
pemerhati tasik,
pengawas bintang,
dan bunga menjalar diberanda.

pencipta kota ialah
pendekar muda dengan langkah berbagai-bagai,
kelakar tua yang mengampungkan cerita
orang bercinta yang perlukan bulan.

dia pengukir ruang hidup,
penghias suasana sempurna,
membenarkan penemuan,
memungkinkan kemungkinan.

Dari Seberang Diri.

Muhammad Haji Salleh.

(i)     Siapakah yang layak mendirikan bandar?
                                                                                                                                           [3 markah]

(ii)    Katakanlah anda ialah arkitek.  Anda diberi tugas membina bandar baru.
         Apakah yang anda akan bina?                                                                                    [3 markah]

(iii)    Apakah persoalan yang terkandung di dalam sajak di atas?
                                                                                                                                           [3 markah]

Perhatian
Pelajar-pelajar patut menjawab soalan ini terlebih dahulu.  Jawapan akan diberikan nanti. Anda boleh menghantar jawapan  secara e-mail:  meoramin5678@hotmail.com



No comments:

Post a Comment