Thursday, May 19, 2011

SEKOLAH MENENGAH SALEHA GENTING HIGHLANDS KOMSAS F4 SAJAK HARGA REMAJA

Petikan 1

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang tersedia dengan menggunakan perkataan anda sendiri.

HARGA REMAJA

Berapakah sebenarnya harga remaja
yang bersih
dari gelodak kecewa
bagai kesegaran pohon
di pinggir perjalanan ini?

Dengan apakah akan kaupenuhi
piala remajamu
adakah cuka kesangsian
dari cinta murah
atau madu ajaran
dari ilmu susah?

Remaja amat mahal sesungguhnya
tiada  terbeli oleh perjanjian
harga remaja adalah pendirian
keberanian dan ilmu.

Penuhilah remajamu
dengan ketentuan tuju.

RAHMAN SHAARI

(i)       Terangkan makusd rangkai kata di bawah ini

          ketentuan tuju
                                                                                                                 [2 markah]

(ii)      Nilai remaja dapat kita lihat dari sudut apa?
[3 markah]

(iii)     Pada pendapat anda mengapakah remaja mesti berkualiti?
[4 markah]

                                                          PANDUAN JAWAPAN

Sajak Rahman Shaari ini memang menarik kerana menceritakan hal remaja dewasa ini.  Penyajak bertanya berapakah harga atau nilai seseorang remaja?  Maksud penyajak ialah remaja yang bebas atau tidak menghadapi masalah.  Bermacam-macam masalah remaja pada hari ini seperti:

                                                                                    masalah najis dadah
                                                                                    masalah lepak atau bersidai
                                                                                    masalah malas belajar
                                                                                    masalah percintaan
                                                                                    masalah suka bergaduh
                                                                                    masalah lari dari rumah

Memang amat susah kita mahu mencari remaja yang tidak menghadapi masalah.  Sangat sukar kita mahu mencari remaja pada hari ini yang hijau.  Maksud hijau ialah yang bersih daripada masalah atau kesalahan.
Dalam rangkap kedua,  penyajak bertanya sama ada remaja pada pada hari ini sangsi atau tidak yakin akan cinta yang murah atau disebut juga cinta monyet.  Memang remaja kini berjinak-jinak dengan cinta seperti ini. Hari ini dia cinta X, esok dia cinta Y,  bulan depan dia cinta Z dan begitulah seterus,  tukar-tukar cinta.  Remaja juga ditanya sama ada mereka berhadapan dengan ilmu yang susah hendak dipelajari.  Pada pendapat saya, madu ajaran bermaksud cara ajaran guru sangat baik atau sangat murni  tetapi remaja yang susah hendak faham.  Dalam erti  kata yang lain, banyak remaja pada hari ini menghadapi masalah percintaan dan masalah mendapat ilmu sebab mereka ada banyak masalah yang lain.
             Sebenar nilai remaja itu sangat tinggi. Remaja yang baik, yang berkualiti tidak ternilai harganya sama ada dari sudut agama atau dari sudut biasa. Dari sudut agama Islam,  remaja yang baik dan berkualiti  sangat disayangi oleh Tuhan.   Dari sudut bukan agama juga, remaja yang baik, yang rajin,  yang berbudi bahasa memang dipandang mulia dan sangat dihromati.
             Dalam rangkap tiga,   penyajak menegaskan bahawa remaja  yang berwibawa atau yang berkualiti ialah remaja yang berani.  Maksud berani di sini ialah BERANI KERANA BENAR.  Bukan berani menipu ibu bapa,  berani bergaduh, berani mencuri atau berani melawan guru.  Berani di sini bermakna berani berbahas,  berani memberi pendapat,  berani melaporkan perbuatan mungkar atau buruk kepada pihak sekolah atau polis atau pihak berkuasa. Remaja juga berani kerana dia berilmu. Tanpa ilmu atau tanpa pelajaran yang kukuh beranikah pelajar melanjutkan pelajar ke Australia,  England,  Amerika Syarikat dan sebagainya?  Jikalau remaja tiada ilmu perniagaan, beranikah dia berniaga?   Jikalau remaja tiada ilmu seni pertahanan diri seperti silat, kung fu,  silambam atau tae-kwon-do, beranikah dia menentang penjahat?  Andai kata remaja bijak dalam ilmu,  sudah pasti dia tidak takut sesiapa pun di dunia ini.
               Akhir sekali, penyajak menyeru remaja pada hari ini mengubah sikap agar menjadi remaja yang benar-benar berguna kepada keluarga,  masyarakat, bangsa, negara dan agama.  Remaja wajar mempunyai cita-cita,  wawasan dan hala tuju yang baik.  Remaja mesti bekerja keras untuk menjadi doktor,  arkitek,  pensyarah atau menjadi ahli pernigaan yang baik atau  menjadi professor seperti Rahman Shaari.

Soalan  1
Maksud ketentuan tuju  -  perancangan masa hadapan mesti ditetapkan dari sekarang.
                                            atau jawapan yang paling ringkas ialah  tetapkan tujuan

Soalan 2
Remaja dapat kita lihat dari sudut keberanian menghadapi masalah dan keberanian remaja memilih ilmu atau pelajaran yang patut dipelajari.

Soalan 3
Pada pendapat saya
remaja mesti berkualiti kerana remaja pada hari ini bakal menjadi pemimpin pada masa hari muka atau pada masa hadapan.  Selain itu remaja mesti berkuliti kerana mereka akan menjadi contoh kepada orang lain, remaja akan menjalankan perniagaan dengan jujur, menjadi akauntan yang jujur,  yang tidak terlibat  dengan rasuan dan sebagainya.


Petikan 2

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang disediakan dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Arkitek Kota

Muhammad Haji Salleh

hanya seniman peka
yang tahan akan jiwa laut
kenal lambung gelombangnya,
alur sungai serta diam batu
perasaan musim
fiil langit dan sabar bumi
berhak membina kota.

kerana arkitek matang itu anak di taman,
perenung di perpustakaan
orang muda pulang bertandang di lorong malam,
pemunggah barang pasar di subuh hari,
pengadil di bangku bijaksana,
dan datuk bandar yang bangga.

dia harus sayangkan lagu burung,
pemancing di teduh pohon,
pemerhati tasik,
pengawas bintang,
dan bunga menjalar di beranda.

(i)      anak di taman
[2 markah]

(ii)     Apakah sifat arkitek yang baik?
[3 markah]

(iii)     Pada pendapat anda bagaimanakah cara mencegah pencemaran alam sekitar?
[4  markah]

                                                                          
                                                            PANDUAN JAWAPAN


Sajak Arkitek Kota karya Muhammad Haji Salleh ini sangat menarik kerana berkaitan dengan alam sekitar.  Penyajak mengatakan bahawa arkitek yang boleh juga dianggap sebagai seniman, layak membangunkan bandar sekiranya beliau faham atau mengerti keadaan laut sama ada berombak besar atau tidak,  boleh menyebabkan tsunami atau boleh membahayakan penduduk atau pelancong,  kedudukan sungai yang cantikyang boleh dibina restoran di atasnya bukan sungai yang kotor atau tercemar.  Begitu juga dengan batu-batu yang cantik kedudukannya, tidak dibuang sesuka hati.  Arkitek juga mesti pandai memantau musim panas, musim hujan, musim kering kerana sejak akhir-akhir ini musim dunia  ini tidak menentu.   Sekejap  panas sekejap sejuk.  Begitu juga dengan hujan,  tidak tentu bila masa hujan mahu turun.  Sekiranya arkitek rajin, sabar dan prihatin akan keadaan alam kita dewasa ini sudah pasti beliau akan berjaya membina kota yang kukuh,  teguh dan selamat untuk didiami oleh penduduk tempatan atau penduduk negara lain yang suka tinggal di negara ini.
        Arkitek yang matang, yang sangat prihatin dan yang sangat berpengalaman,  yang tidak hanya memikirkan wang dalam hidupnya  sudah pasti akan memikirkan taman permainan untuk anak-anak sebelum membian kawasan perumahan, taman perumahan tersebut juga dilengkapi dengan perpustakaan,  ada lampu jaln yang lengkap dan terang,  ada pasar harian, jalan yang lurus dan lebar, ada mahkamah dan Datuk Bandar berasa bangga kerana bandar raya di bawah pimpinannya sangat berkualiti.



























No comments:

Post a Comment