Wednesday, June 22, 2011

SEKOLAH MENENGAH SALEHA GENTING HIGHLANDS. PMR MERINGKASKAN KARANGAN. TATABAHASA. PERBINCANGAN DALAM KELAS KOMPUTER.

Soalan 1

 Baca petikan di bawah ini dengan teliti yang menerangkan manfaat melancong dalam negara sendiri dan masalah-masalah yang dihadapi.  Kemudian rumuskan petikan ini sehingga menjadi tidak lebih daripada 120 patah perkataan.

     Banyak orang Malaysia suka melancong sama ada dalam negara sendiri atau di luar negara. Jikalau di Malaysia tumpuan para pelancong ialah Langkawi,  Pulau Tioman,  Genting Highlands, Melaka,  Kuala Lumpur dan sebagainya.  Di luar negara pula,  oramg Malaysia pergi melancog ke negara China,  Australia, England,  Amerika Syarikat dan sebagainya. Para pelancong yang melawat tempat-tempat dalam negara sendiri mengetahui bahawa sekiranya kita pergi melancong sudah pasti akan akan mendapat pengetahuan am.  Jikalau kita melancong ke Melaka kita dapat melihat kesan peninggalan sejarah yang banyak. Rasa kagum akan kerajinan,  keberanian dan perpaduan kaum pada masa lalu dapat kita lihat daripada kesan-kesan sejarah.  Dari situ akan timbul semangat patriotik dalam sanubari orang Malaysia.   Bukan setakat melawat tempat-tempat bersejarah, kita juga dapat merasai keenakan makanan orang Melaka. Kita juga dapat melihat budaya orang Melayu,  Cina, India,   Portugis dan sebagainya di Melaka.
   Kita dapat membantu para peniaga menjalankan perniagaan pakaian, kraf tangan, makanan dan sebagainya.  Para pelancong dapat melihat banyak barang jualan yang unik yang tidak terdapat di tempat mereka.  Biasa barang-barang yang unik itu menjadi sasaran para pelancong. Tidak kurang barang yang dibeli menjadi buah  tangan kepada orang tersayang.  Biasanya para pelancong yang melancong dalam negara dapat melihat sendiri pembangunan negara yang kita tidak pernah melihatnya. Umpaman jikalau kita tidak peregi melancong ke Pulau Tioman,  kita tidak tahu bahawa Pualau Tioman antara lima pulau yang tercantik di dunia. Semua bangsa yang melawat bandar raya bersejarah Melaka melihat hubungan yang erat antara kaum Melayu, Cina, India dan sebagainya begitu mesra,  bertegur sapa bagaikan aur dengan tebing.  Tidak keterlaluan jikalau dikatakan bahawa semasa melancong dalam negara sendiri akan ada rasa ingin membantu rakyat Malaysia yang tidak berkemampuan.  Tidak kurang juga dengan melancong dalam negara kita dapat melhat keindahan tempat-tempat tumpuan para pelancong.

Soalan Pemahaman
(i)       Terangkan maksud rangkai kata di bawah ini

                         barang-barang yang unik
                                                                                                                                              [2 markah]

(ii)      Apakah faedah pelancong  yang melawat tempat bersejarah?
                                                                                                                                             [3 markah]

(iii)    Pada pendapat kamu bagaimanakah cara-cara menggalakkan rakyat Malaysia suka melancong
          dalam negara sendiri?
                                                                                                                                            [5 markah]


                                                                       TATABAHASA

Pilih jawapan yang betul sahaja daripada ayat-ayat di bawah ini.

1.   Junior Douglas mesti .........................tenaga .untuk lulus SPM dengan cemerlang.
      A    mengembelingkan      B   menggembelingkan     C   menggemblengkan     D   mengemblengkan

2.   Ang Ley Cun ............................bahawa keluarganya akan bercuti di Australia selama setahun.
      A    mengwar-warkan       B    menggwar-warkan      C    menguar-uarkan      D   menwar-warkan

3.   Chai Kea Yuan meletakkan sirih itu di dalam.........................yang sangat cantik.
      A    puan       B   bekas        C      tempat       D    laci

4.   .......................,  Cheung Yin Jeff tidak dapat pergi ke Pulau Pinang esok kerana sibuk.
     A     sayang        B     rugi         C     habis        D     kemalangan

5.   Chia Zhen Wei merupakan.........................yang sangat digeruni kerana badannya yang sasa.
      A    petinju        B    peninju       C   pemain       D    pelari

6.   Lim Sheng Shyang membawa ........................pergi melancong ke India.
      A     ibu bapa      B   ibu-bapa     C    ibubapa        D  bapa ibu

7.   Lee Soon Weng pergi ke .................................itu untuk membeli minuman.
      A   pasar raya           B   pasaraya         C    pasar-raya        D    pasarraya

8.   Kapal layar Goh Jia Hao yang berwarna biru itu sedang .........................ke Afrika Barat.
      A    berlayar         B    belayar       C    be-layar      D    barlayar

9.   ............................Gwee Seow Keat sebagai Pengetua sekolah itu disokong oleh semua orang.
     A   Pelantikan       B    Perlantikan      C    Perlantikkan      D    Pelantikkan


10.  Jacky Pang Yin berita-cita mau menjadi ............................pada masa hadapan.
       A   pramugari       B    pramugara      C    paramugari      D    paramugara

11. Tee Ee Qin membeli minyak.........................untuk datuknya.
      A   disil          B   disel          C    diesel          D   desil

12.  Ong Kher Lim ..........................menjadi ketua kumpulan samseng itu.
       A   disyak       B   disyakki          C     disyaki        D     dishaki

13.  Nurjaa bercadang pergi............................ke Jepun pada minggu hadapan.
       A     melancong      B   melancung       C    lawat      D   lawatan

14.  Chong Kah Kiat pernah pergi ke kawasan ........................Pahang pada tahun lepas.
       A   pendalaman       B      pedalaman       C     mendalam        D    kedalaman

15.  Marina berjaya memberkas..............................di pusat sukan itu.
       A   pelancung        B     pelancong     C    perlancung      D   perlancong

16.  Setelah Syuhada pulang dari pusat ..........................itu dia pergi ke rumah kawannya.
       A    belibelah    B   beli-belah      C   membelibelah       D   membeli-belah

17.  Setelah hujan..................barulah Marina pulang ke rumah neneknya.
       A   berhenti         B    sidang             C    selesai               D    tamat

18.  Frederic diminta oleh gurunya untuk memberikan.................perkataan peperangan.
       A   difinisi      B    definisi      C    definasi      D    defenesi

19.  Emak Shinn Yeun memarahi Shinn Yeun kerana keluar pada malam-malam .................
       A     buta       B    gelap      C    kabur     D    hari

20. Sue Ann dinasihati oleh emaknya agar .........................berhati-hati semasa memandu kereta.
      A     seentiasa      B    senantiasa       C    setiasa       D     setiansa

21. Yang Fang membaca buku.......................itu dengan neneknya.
      A   bahsa Malaysia       B    bahasa Malaysia      C   Bahasa Malaysia     D   basa Malaysia

22. Sue  Ann, Yang Fang,  Soon Weng, Sheng Shyang, Zhen Wei, Jeff, Kee Yua, Ley Cun, Junior Douglas, Shinn Yeun, Frederic, Marina,  Kah Kiat, Nurja, Kher Lim, Syuhada, Ee Qin, Jacky, Seow Keat dan Jia Hao.......................perpustakaan itu.
      A    memperkemaskan       B    memperkemas         C    menperkemas      D   mengperkemaskan












1 comment:

  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete